Kelas Multimedia, e-Learning & Kempen KDB bersama Ahli PI

8 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Multimedia, e-Learning & Kempen KDB bersama ahli PI ini telah diadakan pada hari Ahad, 7 April 2019. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada perisian MS Paint. Mereka telah diajar cara untuk asas mengedit gambar menggunakan MS Paint.

Selepas itu, taklimat Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan topik Penipuan Identiti diadakan bagi mendidik para peserta supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika melayari internet. Mereka dididik supaya tidak menerima permintaan rakan dari orang yang tidak dikenali ketika menggunakan laman sosial mereka. Mereka juga diingatkan agar tidak berkongsi maklumat peribadi (nama anda, tarikh lahir, maklumat keluarga atau nombor akaun bank) melalui telefon, mel, atau atas talian jika diminta oleh orang yang mencurigakan. Selain itu, mereka turut diminta untuk tidak berkongsi kata laluan mereka kepada orang lain kecuali ibu bapa mereka agar tidak disalahgunakan.

Akhir sekali, kuiz atas talian bagi subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik diadakan melalui quizizz.com. Melalui kuiz ini, para peserta dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam subjek-subjek tersebut.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 11 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali